Betapa ajaibnya kesan sebiji epal kepada hidup manusia begitu jugalah ajaibnya komputer APPLE kepada dunia kini. Dari sebuah komputer sebesar rumah kepada saiz kompak, ternyata cetusan idea dua jejaka Amerika ini telah mengubah persepsi manusia terhadap teknologi pengkomputeran. APPLE telah berbakti selama 35 tahun kepada umat manusia dan penulis. APPLE juga telah berjaya melopori teknologi dalam semua bidang seperti seni , muzik , filem , perniagaan dan lain-lain. Pendekatan yang telah dibuat oleh Steve Jobs dan Steve Wozniak membuatkan generasi selepas mereka berfikir dengan luar biasa dan membawa mereka kepada zaman pengubahsuaian bersesuaian dengan moto syarikat mereka "THINK DIFFERENT".
Dalam bidang seni umpamanya ,APPLE telah melancarkan beberapa aplikasi perisian seni seperti CorelDraw , Adobe Family , Maya , ZBrush , Google SketchUp , Blender , Cinema 4D dan sebagainya.
APPLE menggunakan POWERPC dan INTEL dalam teknologi pengkomputerannya dan ini menyebabkan grafik yang terdapat pada komputer APPLE lebih cantik dan bermutu. Dengan teknologi ini , kerja-kerja multimedia akan menjadi lebih menarik terutama dalam penghasilan animasi , grafik , filem dan sebagainya. Sebagai contoh , Studio PIXAR menggunakan komputer APPLE sebagai kilang pengeluaran produk-produk animasi. Komputer APPLE ideal bagi kerja-kerja grafik yang tinggi kerana ia cepat dan mudah dikendalikan.
Dipetik dari sanfrancisco.ibtimes.com , APPLE iPAD akan menjadi kanvas baru bagi pengkarya-pengkarya pada abad ini terutama dalam Media Baru. Kini , peralatan tradisional yang berat dan banyak tidak lagi perlu di usung ke sana ke mari dan menjimatkan masa. APPLE telah memudahkan kita sebagai pengkarya seni untuk mengekspresikan karya-karya tidak kira masa. APPLE iPAD bakal memecah rekod mengantikan kanvas tradisional dan menjadi inspirasi kepada 'artis iPAD'.
http://sanfrancisco.ibtimes.com
Penulis ingin mengambil contoh pengkarya elektronik iaitu Ryoji Ikeda dalam penghasilan karya digitalnya. Beliau menggunakan APPLE MACBOOK untuk mengubah muzik-muzik seninya. Selain itu , APPLE juga memudahkan beliau untuk muat turun muziknya dalam iTUNES dan melancarkan kerja-kerja persembahan audio visualnya secara langsung.













