MAKSUD SEJARAH
Bapa Sejarah Dunia,Herodatus mengatakan sejarah adalah satu kajian untuk menceritakan suatu kitaran jatuh,bangunnya seseorang tokoh,masyarakat dan peradaban.
Aristotle berkata sejarah adalah satu sistem yang mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi.Sejarah juga adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan,rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh.
Maksud sejarah bagi setiap sejarawan berbeza-beza tetapi masih mengekalkan satu konsep yang sama iatu berkaitan dengan masa lalu.Fahaman penulis sendiri tentang sejarah juga tidak jauh bezanya dengan kenyataan di atas. Bagi penulis setelah membuat pembacaan,sejarah adalah rekod atau rakaman peristiwa lalu yang disahihkan dengan bukti-bukti yang benar tetapi sejarah juga boleh disangkal faktanya jika dikenalpasti fakta tersebut menyonsang atau patut diubah akibat dari perkara-perkara yang diluar jangkaan.Disini penulis mengambil contoh Sejarah Planet Pluto supaya pembaca mendapat gambaran jelas. Pada 18 Februari 1930 iaitu 76 tahun yang lalu, Pluto adalah planet kesembilan dalam Sistem Suria tetapi kenyataan ini telah di tarik semula pada 24 Ogos 2006 oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa (AIU)kerana Pluto telah dianggap sebagai planet kerdil(dwarf planet)sahaja kerana jasadnya hanya diliputi ais.(AIU)telah membuat definisi baru tentang kriteria sebuah planet iaitu :

- mempunyai jisim yang cukup untuk mencapai bentuk keseimbangan hidrostatik.
- sepenuhnya mengelilingi matahari.
- melepasi (tidak bersilang) orbit planet jiran.
Walaupun perdebatan berkenaan Pluto ini agak kontroversi ,tetapi ia telah dianggap sejarah yang patut di ubah mengikut keadaan masa dan kini planet-planet dalam Sistem Suria hanya 8 planet.

SEJARAH SENI
Seni telah mula bertapak di bumi ini sejak zaman purba kala lagi.Menurut Kamus Dewan dan Pustaka Edisi Keempat, 1.seni adalah karya (sajak,lukisan,muzik,dll) yang dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil daripada sesuatu ciptaan. 2. kebolehan mencipta sesuatu (lukisan,ukiran,dll) yang indah-indah.Setiap benua di dunia ini mempunyai paten lukisan yang tersendiri seperti di Altamira,Malaysia,Mesir,Greece,China dan lain-lain.Lukisan-lukisan pra sejarah inilah yang menjadi 'pioneer' kepada lukisan-lukisan kini dan seterusnya mengalami evolusi di luar jangkaan.Maka terciptalah aliran-aliran seni yang dipelopori oleh artis-artis Barat dan Timur mengikut acuan sendiri.
Antara aliran-aliran seni yang terkenal ialah " Modern Art","Contemporary Art" dan "New Media Art". Carta di bawah menunjukkan gambaran jelas tentang susur masa aliran-aliran seni ini.
Karya Seni Halus Salvador Dali(Persistance of Memory)
Karya Seni Digital oleh Jerico Santander
MEDIA BARU
Media Baru adalah teknologi terkini yang telah mengubah cara sosial manusia di dunia seperti contoh dengan kewujudan rangkaian sosial Facebook, Friendster, Myspace, Twitter, Tagged dan lain-lain. Facebook mendakwa memiliki sejumlah 350 juta pengguna dari segenap dunia dan kini telah menyimpan lebih dari 10 billion gambar yang dikongsi oleh pengguna-pengguna laman rangkaian sosial berkenaan (Majalah PC : Edisi 6). Enjin pencarian seperti Yahoo, Google dan seangkatan telah membantu banyak laman-laman web di seluruh dunia untuk 'bernafas' dan hidup. Ini menunjukkan komunikasi kini sangat bergantung kepada Media Baru.
Media Baru kini juga adalah syurga bagi pengkarya-pengkarya moden untuk mengapresiasikan seni estetika mereka pada dunia. Sebut sahaja nama-nama berikut, mereka sememangnya terkenal kerana kepakaran dalam bidang Media Baru seperti Bjorn Melnus, Ryoji Ikeda, Liu Dao, Karim Rashid, Marcos Novak dan lain-lain. Di Malaysia pula, pelopor teknologi Media Baru ialah Muid Latif , Hasnol Saidon dan Niranjan Rajah.
Karya Bjorn Melnus "Screensavers"
Karya Ryoji Ikeda " [8k enhanced version] 2008"
Karya Liu Dao " Vigilance"
Karya Marcos Novak "Liquid Architecture"
Karya Muid Latif " Jiwa Orientalis"
Karya Hasnol Saidon " Mendiri"
Karya Niranjan Rajah " Video Reflux"

0 comments:
Post a Comment