3

|
IDEA

Idea adalah buah fikiran yang terhasil daripada akal setiap individu. Setiap manusia akan memikirkan perkara yang sama jika pemikiran kita tidak berada diluar kotak. Kreativiti dalam pemikiran akan membentuk idea yang bergred A dan akan membezakan kita dengan orang lain. Tetapi, idea yang kreatif akan selalu menjadi tumpuan kepada peniruan dan plagiat individu yang tidak bertanggungjawab. Pada zaman komunikasi yang canggih kini, media baru merupakan medium untuk segala aktiviti karya seni dan sastera maya. 

Karya-karya seni kini boleh didapati di setiap laman-laman sesawang seperti contoh di www.devianart.com. Jika dahulu, untuk mempelajari teknik-teknik lukisan atau sebarang ilmu,kita memerlukan duit yang banyak, buku yang tebal tetapi kini semuanya berada di hujung jari. Kini, sudah banyak laman sesawang yang menawarkan pembelajaran dan pengajaran bagi semua orang. Sebut sahaja tutorial tentang photoshop, animasi 2D dan 3D dan lain-lain, semuanya telah tersedia. Dari situ, kita mampu menpelajari banyak cara dengan mudah dan percuma (untuk perkhidmatan yang percuma) dan kita mengaplikasikannya pada hasil kerja kita. 

Inilah idea yang boleh dibanggakan dalam menggunakan media baru sebagai pengantaraan pembelajaran. Media baru juga telah mencipta satu idea yang bernas kepada industri seni muzik dan filem. Sebelum wujudnya iPod, rata-rata kita akan membeli kaset,CD atau DVD untuk mendengar lagu-lagu di radio atau 'walkman'.Kini, dengan iPod, kita hanya perlu memuat turun lagu-lagu kegemaran kita secara percuma atau bayaran yang kecil disamping mampu menyimpan beratus malah beribu lagu-lagu dan muzik video.

Sebagai contoh iTunes adalah aplikasi percuma dari Apple untuk Mac dan PC. iTunes umpama kedai muzik di komputer ,iPod touch, iPhone, iPad, Apple TV dan membolehkan kita menikmati semua muzik, filem, video, dan siaran TV di Mac atau PC pada bila-bila masa sahaja. Fenomena media baru oleh iTunes merupakan idea bernas APPLE kepada dunia.


iPod,iPhone,dan iPad adalah media terbaru yang berkesan kepada industri muzik. Kewujudan media baru ini memberi nafas baru kepada pengkarya muzik untuk berkarya dan mendekatkan diri dan muzik mereka dengan peminat-peminat mereka di serata dunia.


REKAAN 

Rekaan yang bagus lahir dari idea yang bagus maka lahirlah rekaan yang berkualiti. Dalam konteks media baru, rekaan perlu ada untuk mengeluarkan produk yang inovatif. Sebagai contoh, rekaan APPLE menepati citarasa antarabangsa kerana memenuhi kriteria bagi sebuah produk teknologi digital. Bagi industri kreatif, rekaan penting agar seni yang akan kita ingin tonjolkan menepati seni prinsip rekaan. Rekaan dapat memberi gaya, variasi, tenaga, dan daya tarikan dalam sesuatu hasil karya.


Rekaan yang dihasilkan dari media baru mempunyai potensi yang lebih baik. Hasil rekaan yang dihasilkan dari komputer ini merupakan sejenis bentuk seni baru yang mempergunakan teknik lukisan tradisional seperti impesto, cat air, cat minyak dan sebagainya yang tersedia dalam perisian komputer seperti photoshop,coreldraw dan lain-lain. Setiap lukisan hanya menggunakan tablet pendigitan dan stilus. Perbezaan di antara seni digital dan seni tradisional, jika lukisan yang dihasilkan salah atau terlebih penggunaan warna, seni digital lebih mudah untuk di padam berbanding dengan seni tradisional yang akan memerlukan masa untuk memperbetulkan hasil kerja tidak menjadi. Lukisan tradisional akan menjadi kekal sehingga beratus atau beribu tahun tanpa pengubahsuaian pada gambar tetapi jika kita melukis melalui komputer, satu gambar yang dihasilkan boleh lagi diubah atau ditambah mengikut kehendak pengkaryanya.
 Lukisan Digital
TIRUAN

Musuh utama dalam setiap industri di dunia ini ialah peniruaan. Bagi penulis, dalam industri teknologi kreatif paling banyak mendapat tempias tiruan ini. Sebagai contoh banyak jenama-jenama didunia seperti Nokia, Blackberry, Adidas dan lain-lain yang ditiru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendapat keuntungan segera. Sedangkan telur boleh ditiru dari yang asli iaitu ciptaan Allah, inikan pula produk yang direka oleh manusia. Oleh itu, dunia ciplak ini sudah lama wujud sebelum teknologi alam maya ini wujud lagi. Peniruan dilakukan untuk mendapatkan hasil yang sama baik dengan yang asli. Sebagai contoh, Macintosh dan Hackintosh. Tidak ramai lagi yang mampu memiliki sebuah Macbook walaupun kini dunia telah dihujani dengan teknologi APPLE. Tidak dinafikan Mac mahal sedikit berbanding laptop atau PC lain kerana teknologinya yang kedepan sedikit berbanding yang lain. Ramai yang menyedari tentang kehandalan Macintosh ini dan sebab itulah genius selain APPLE berjaya mencipta atau meniru teknologi Macintosh dan menamakan ia Hackintosh. Tindakan APPLE menukarkan 'otak' komputer mereka dari PowerPC kepada Intel antara penyumbang kepada Hackintosh ini kerana akan ramai pengguna komputer memikirkan untuk menukarkan 'window' yang tidak tentu kestabilannya kepada yang lebih baik.
            OS di Macbook                OSX di laptop               

HAKCIPTA 
Hakcipta adalah harta intelektual yang dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian daripada hasil ciptaan seseorang pengkarya atau pengubah. Hakcipta penting untuk bagi setiap karya-karya terutama karya yang menggunakan media baru sebagai platform. Setiap hasil-hasil karya yang dilindungi akan dipatenkan dan tidak boleh ditiru. Andai kata hal ini berlaku, kerugian yang besar akan ditanggung kepada si peniru. Di Malaysia, karya-karya yang diberi perlindungan hakcipta adalah :

(i)       Karya sastera;
(ii)      Karya muzik;
(iii)     Karya seni;
(iv)      Filem;
(v)       Rakaman bunyi;
(vi)      Siaran (broadcast); dan
(vii)     Karya terbitan.

 
Logo Hakcipta atau Copyrigh



Sebagai contoh, lukisan Monalisa pernah ditiru oleh ramai pengkarya dan difahamkan yang tinggal sekarang bukanlah karya Monalisa yang asal. Ketidak telitian berkenaan isu hakcipta pada masa dahulu menyebabkan banyak hasil-hasil karya dicuri dan diplagiat. Dunia media baru banyak menerima cabaran-cabaran isu hakcipta ini. Kita bebas untuk mengeluarkan idea-idea, rekaaan kita, setelah penat leleah kita menghasilkan sesuatu, berbaloikah jika hak kita dicabuli oleh orang lain? Jadi langkah yang selamat ialah kita perlu terus mendaftar harta ciptaan kita kepada Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Kes yang melibatkan APPLE dan hakcipta boleh dirujuk pada kes (Apple Computer, Inc v. Franklin Komputer Corp, 714 F.2d 1240 (3d Cir 1983)).





4 


Dalam penghasilan karya, penulis meminati dua media baru iaitu laman sesawang interaktif dan video. 




Laman sesawang interaktif merupakan saalah satu medium pembelajaran dari media baru yang berkesan untuk manusia. Sebagai contoh kanak-kanak. Interaktiviti perlu digunakan untuk membantu proses latihan berasaskan pembelajaran komputer ( CBT) dan e-learning courseware. Courseware dibangunkan untuk kemudahan tenaga pengajar dan pelajar dalam teknik pengajaran. Elemen-elemen multimedia yang terdapat mampu mempertingkatkan keberkesanan dan tenaga pengajar mampu mengesan prestasi pelajar. Latihan yang dilakukan berasaskan latihan laman sesawang lebih seronok , menarik dan bersifat 2 hala.  

Laman portfolio kini banyak menyediakan perkhidmatan pembangunan laman web interaktif. Penggunaan animasi secara efektif dalam laman sesawang mampu mewujudkan suasana harmoni bagi kanak-kanak. Ditambah pula dengan audio dan disertakan dengan bunyi-bunyi muzik latar, menambahkan lagi tarikan dan dapat dijadikan komunikasi yang berkesan. Sebagai contoh, e-learning bagi matapelajaran bahasa dan sains.


Dalam laman sesawang interaktif ,elemen video pula adalah daya penarik yang meningkatkan tumpuan dan boleh digabungkan dengan media lain seperti animasi, teks, audio dan gambar. Sebagai contoh, video penceritaan sesutu topik pelajaran - pengenalan huruf (alphabet) bagi kanak-kanak. Sebelum latihan interaktif dilakukan,kanak-kanak perlu di kenalkan dahulu dengan huruf-huruf ABC melalui video animasi yang ditayangkan dan kemudian barulah latihan dibuat. Perkara ini mampu menarik dan meningkatkan minat kanak-kanak untuk belajar.




Perisian yang boleh dilakukan untuk membangunkan laman interaktiviti ini ialah Adobe Dreamweaver, Abode Flash, Adobe Illustrator, Adobe Photoshop dan lain-lain. Kini, sudah terdapat template yang sudah siap disediakan dan kita hanya perlu mengedit sahaja template tersebut mengikut citarasa kita dalam membangunkan laman sesawang. Antara laman sesawang yang boleh di rujuk ialah Winx.CO., JOMLA dan sebagainya. Segala-galanya hanya dihujung jari anda sahaja.  


Video yang dimaksudkan disini ialah video produksi. Penghasilan video bagi drama, dokumentari, filem dan iklan kini telah memasuki fasa baru. Kekayaan dalam pembikinan video kini bukan sahaja terletak kepada bajet pengambaran tetapi juga seni sinematografinya. Pengendalian kamera video yang baik mampu mencipta satu suasana yang dramatik dan visual yang cantik. Kebijaksanaan dan kreatifnya jurukamera dalam mengambil pemandangan yang baik adalah bonus bagi sebuah video yang dihasilkan. Sebagai contoh sinematografi dalam filem Dil Se iaitu Chaiyya Chaiyya. 'Camera angle' yang berkesan ditambah pula dengan gaya persembahan pelakon yang menari di atas kereta api mempunyai makna yang tersendiri. Berjayanya jurukameranya disitu dapat dinilai dari cara kamera itu berfungsi di setiap sudut dan shot-shot yang dipaparkan tidak mencacatkan langsung dimata penonton sebaliknya penonton terkesima melihat klip tersebut. Maka, tidak mustahilah filem tersebut memenangi anugerah bagi sinematografi terbaik.




































                                                     

0 comments:

Post a Comment

2011 New Media History by Farah Ho. All Rights Reserved.