".....I decided to take a calligraphy class to learn how to do this. I learned about serif and san serif typefaces, about varying the amount of space between different letter combinations, about what makes great typography great. It was beautiful, historical, artistically subtle in a way that science can't capture, and I found it fascinating. None of this had even a hope of any practical application in my life.... " -Steve Jobs' 2005 Stanford Commencement Address-
Steve Jobs percaya dengan kuasa tipografi yang sempurna, ia mampu mewujudkan satu pengalaman kepada pengguna.Sebab itulah APPLE telah berjaya mencipta muka taip yang terbaik dalam sejarah pengkomputeran.Bagi penulis , tipografi memiliki jiwa yang tersendiri dan ia juga boleh melambangkan keperibadian seseorang.
Tipografi berasal dari perkataan bahasa Greek iaitu "typos" (bentuk) dan graphien (menulis). Tipografi adalah teknik aturan tulisan , ketebalan tulisan , jenis tulisan dan saiz tulisan. Tipografi diwujudkan bagi menarik perhatian pembaca. Bagi mereka sesuatu tipografi , pereka perlulah kreatif dan mempunyai idea-idea yang menarik supaya penghasilan tipografi tersebut berjaya menyampaikan temanya.
Tipografi juga merupakan salah satu elemen dalam multimedia dan memainkan peranan yang penting dalam komunikasi sejagat.
Kadang kala,tipografi mampu mencipta satu cerita yang tersendiri. Tipografi tidak hanya tertumpu pada tulisan sahaja tetapi juga sebahagian daripada seni. Mereka yang kreatif boleh menjadikan tipografi sebagai mesej bergambar selain untuk menulis.



Senarai fon diatas adalah fon kegemaran penulis. Fon pertama adalah fon University Roman LET. Penulis menyukai fon ini kerana ia mempunyai rekaan ekslusif dan sofistikated. Pada pandangan penulis , fon ini sesuai untuk rekaan logo produk-produk mewah seperti barangan kosmetik. Fon kedua ialah Courier New. Rekaan yang 'old school' dan kembar kepada tulisan mesin taip ini merupakan fon standard bagi kerajaan Amerika Syarikat sehingga tahun 2004. Dalam penulisan skrip, fon ini masih digunakan sehingga kini. Hiruko pula adalah fon ketiga dan ia merupakan fon baru . Rekaannya yang comel dan telah tersedia dengan fon yang tebal, sangat sesuai untuk kanak-kanak bagi dekorasi buku-buku cerita kerana tipografinya jelas. Fon terakhir ialah Anime Ace yang sangat popular digunakan oleh penulis-penulis komik seni Pop seperti Roy Lichtenstein. Ia merupakan fon standard bagi setiap jenis komik kartun.

0 comments:
Post a Comment